Tuesday, July 15, 2008

Video menyediakan mi goreng segera

Apakah makanan kegemaran kamu?

Hai murid-murid,

Kali ini, kita akan berkongsi tentang makanan kegemaran kita kepada semua. Cikgu pasti semua tentu sedang membayangkan makanan itu. Baunya, rasanya...Pendek kata, memang menyelerakan.

Makanan kegemaran cikgu ialah mi atau pasta goreng. Mi itu mestilah pedas. Sudah digoreng sahaja, jangan tunggu-tunggu lagi, makan sahaja. Selalunya, cikgu akan menggoreng mi itu pada hujung minggu, 2 minggu sekali. Tidak sihat jika kita makan selalu.

Mengapa cikgu suka makanan ini ialah kerana kepedasan dan rasanya yang sedap itu. Lebih-lebih lagi jika ada banyak udang di dalam mi itu. Juga, sayur tauge mesti ada.
Cikgu belajar menggoreng mi dari ibu cikgu.

Cikgu ingin berkongsi resepi ini bersama kamu. Mungkin kamu boleh mencubanya.

Resepi Mi Goreng

(a) Rencahnya
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
dua genggam cili kering
1/2 kg udang (kulitnya dikupas)
1/2 kg daging
15 biji bebola ikan
sedikit tauge
seikat sawi
1 kg mi kuning
1/2 kg mi kuay teouw
minyak untuk menggoreng
garam dan serbuk perasa

(b)Cara-caranya
- bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan dikisar sehingga halus.
- kuali dan minyak dipanaskan.
- setelah panas minyaknya, tumis cili yang telah dikisar.
- tumis sehingga garing.
- masukkan daging dan air sedikit.
- tunggu hingga air mendidih, kamu masukkan udang dan bebola ikan.
- setelah masak bahan-bahan itu masak, masukkan mi dan gaul rata.(api harus kecil)
- setelah mi telah masak, masukkan sayur sawi dan tauge.
- digaul rata sehingga masak kesemua bahan-bahan itu.

*Kamu harus pastikan mi tersebut masak supaya mi itu tidak terasa keras.

Cuba lah resepi ini. Tetapi, jangan lupa, minta bantuan ibu ketika di dapur.

Salam sayang dari Cikgu Fizah

Murid-muridku,

Semoga kita semua dapat menggunakan blog ini sebagai satu saluran untuk kita berkongsi ilmu. Bukan hanya kita memberikan pendapat dan pandangan kita sahaja, kita juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

Cikgu berharap kamu dapat menyumbangkan idea dan pandangan kamu secara maksimal di dalam blog ini.

Semoga berjaya dan ceria selalu.